Loading…

About PRS

Sejarah Penubuhan

Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Uniten adalah sebuah persatuan pelajar yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 6hb Oktober 1999.
Tuan Haji khairuddin B. Haji Mokhtar, Pengurus Besar ISAS adalah pencetus idea kepada penubuhan PRS dan diteruskan oleh Saudari Mahlindayu bersama Saudara Salman.
Persatuan ini turut mendapat khidmat nasihat daripada Encik Wan Zaini B. Zakaria iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi serta Encik Faizul B. Abdul Raof Faiz iaitu Timbalan Pendaftar Uniten.
Walaupun persatuan ini masih dianggap baru oleh sesetengah pihak, akan tetapi sokongan dan kerjasama dari semua pihak telah membuatkan PRS dapat berdiri teguh untuk menghadapi cabaran semasa.
Dengan penuh iltizam, PRS akan cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, bersedia membantu dalam apa jua keadaan serta menjadi sebuah persatuan yang unggul dan dihormati.

Objektif Penubuhan

  • Menggembleng tenaga siswa dan siswi untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan meningkatkan diri di dalam semua lapangan termasuk sosial, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
  • Mengembangkan potensi diri siswa dan siswi sesuai dengan falsafah Universiti Tenaga Nasional.
  • Menjalankan latihan kepada siswa dan siswi sesuai dengan kehendak Universiti Tenaga Nasional.
  • Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bertentangan dengan kehendak Universiti Tenaga Nasional.
  • Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berjasa kepada masyarakat sekeliling demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang prihatin.